Eropah tidak mahu Turki berkembang – Yildirim

PERDANA Menteri Turki, Binali Yildirim berkata, negara-negara Eropah merasa dengki dan tidak menginginkan perkembangan Turki. Pernyataan ini diungkapkan Yildirim dalam ucapannya di bandar Kars, Turki pada Jumaat lalu.

Advertisement

“Sesungguhnya Eropah tidak menginginkan perkembangan Turki. Bahkan mereka mahukan Turki terus disibukkan dengan permasalahan dalam negaranya, dan kehilangan kekuatannya. Hingga dengan begitu, mereka dapat melakukan apa-apa yang mereka suka,” kata Yilldirim seperti dilansir dari trt net.

Berkaitan berbagai laporan negatif beberapa media Eropah mengenai Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Yildirim menyebutnya sebagai bentuk kedengkian Eropah terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan di Turki.

“Di Eropah ada surat khabar dengan headlinenya berjudul ‘kediktatoran Recep Tayyip Erdogan’, kenapa? Kerana Presiden Erdogan tidak membiarkan kekayaan negara dirompak bangsa lain.

“Presiden Erdogan juga membina lapangan terbang terbesar di dunia, meningkatkan pendapatan negara, dan dalam perdagangan global, Turki menjadi negara dengan keuntungan paling besar,” kata Yildirim.

Selain itu, Yildirim juga menuding negara-negara yang selama ini mengancam Presiden Turki.

“Setiap kita tahu, bahawa negara-negara yang mengancam Presiden Erdogan, bermakna mengancam Turki,” katanya. [Islampos]