PAS Batang Lupar siap sedia hadapi PRU14

BINTULU: Jabatan Pilihan Raya PAS Kawasan (JPrK) Batang Lupar telah mengadakan satu sesi taklimat khas berkaitan persediaan menghadapi PRU14 di Pejabat PAS Kawasan di sini, semalam.
 
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pengarah JPrK Batang Lupar, Lokman Abdul Rahim mengenai peranan dan koordinasi antara setiap unit, serta perancangan aktiviti sepanjang tempoh kempen.
 
Turut diadakan ialah sesi perkongsian pengalaman oleh bekas Wakil Calon Dun Jepak PRN Sarawak, Ishack Abbas mengenai fokus dan keutamaan tugas dalam tempoh-tempoh gerak kerja.
 
Beliau menekankan perincian perkara-perkara perlu diberi perhatian oleh setiap petugas pilihan raya terutama dari segi dokumentasi penamaan calon serta penyusunan program hingga hari pembuangan undi.
 
Sesi taklimat bermanfaat disertai para Ketua Urusan JPrK Batang Lupar itu ke arah mengukuhkan lagi tahap siap siaga jentera menghadapi PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa.
 
Lokman dalam ucapan penutupnya melahirkan harapan agar semua anggota jentera dapat memahami tugas masing-masing dan berusaha sebaik mungkin untuk memenangkan PAS di Parlimen Batang Lupar. – HARAKAHDAILY 16/1/2018
Advertisement