Karnival Jom Ke MyHarakah Bazaar

KUALA LUMPUR: Karnival Jom Ke MyHarakah Bazaar akan diadakan pada 30 Januari sehingga 3 Februari bermula jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari bertempat di hadapan Hospital KPJ Tawakal, Jalan Pahang Barat.

Advertisement

Karnival julung kalinya diadakan itu, akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat.

Sehubungan itu, orang ramai dan para pemegang kad istiqamah Harakah dipelawa berkunjung ke karnival tersebut di mana pelbagai aktiviti menarik ditawarkan kepada para pengunjung.

Antaranya aktiviti cabutan bertuah terbuka kepada semua pemegang kad istiqamah dan bagi mereka yang masih belum memiliki kad istiqamah boleh mendaftar untuk menyertai aktiviti tersebut sepanjang karnival berlangsung.

Pengarah Karnival Jom Ke MyHarakah Bazaar, Mohd Shuhaimi Embong berkata, antara tawaran menarik adalah pengunjung boleh mendapati pelbagai jenis judul buku dengan permulaan harga serendah RM2.

“Ada lebih kurang 2,000 judul buku daripada pelbagai penerbit antaranya PTS, Telaga Biru, Galeri Ilmu, Hijjaz, Inteam, Karya Bistari dan banyak lagi. Kita ada buku motivasi, agama, buku tulisan tokoh-tokoh terkemuka PAS, buku kanak-kanak, bendera PAS pun boleh didapati di sini.

“Kita turut menjual produk halal seperti Kohilal yang dikeluarkan oleh Kelab Usahawan KuHaraki. Antaranya produk susu kambing Kohilal, jus kurma dan banyak lagi dan ahli kad istiqamah boleh tebus mata ganjaran di sini,” katanya kepada Harakah.

Warga kota juga boleh mengambil kesempatan mengunjungi karnival itu sempena cuti umum Hari Wilayah pada 1 Februari nanti dan sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi di talian 03-40253525 atau 019 218 3070. – HARAKAHDAILY 22/1/2018