MAT Muslimat Miri medan ukhuwah dan muhasabah

MIRI: Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-7 bertempat di PASTI Ar-Rayyan, Senadin, di sini kelmarin.
 
Mesyuarat Agung Tahunan tersebut telah dihadiri oleh lebih 30 perwakilan dan pemerhati dari empat cawangan berdaftar di kawasan Miri.
 
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak, Dayangku Huda binti Ahmad,  telah hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan tersebut.
 
Beliau memberi penekanan terhadap pentingnya setiap Muslimat PAS untuk memahami intipati surah as-Saff dan mengambil ibrah daripadanya sebagai motivasi dalam perjuangan terutama di negeri Sarawak.
 
Dalam mesyuarat tersebut, para perwakilan menegaskan bahawa penstrukturan semula organisasi selepas penghijrahan ahli keluar dari Miri amat penting dilakukan. 
 
Perkara itu ditegaskan ke arah untuk memaksimumkan gerak kerja Muslimat untuk program-program dakwah dan menghadapi pilihan raya yang akan datang.
 
Mesyuarat Agung Tahunan tersebut juga menyaksikan Lajnah Kewangan dan Ekonomi telah dianugerahkan sebagai lajnah terbaik untuk tahun 2017 dan Ardila Salleh dinobatkan sebagai Tokoh Muslimat Harapan. -HARAKAHDAILY 27/2/2018
Advertisement