80 ahli PKR Gua Musang sertai PAS

KOTA BHARU: Ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) mengimpikan mahu menawan Kelantan, hari ini 80 orang pula pemimpin dan penyokong PKR menyertai PAS.

Advertisement

Kumpulan terbabit diketuai bekas penyelia Dun Nengiri, Syed Azhar Syed Alwi. (Foto atas: Syed Azhar menyerah borang menyertai PAS.)

Beliau bersama 80 ahli dan kepimpinan PKR Cabang Gua Musang menyerah borang menyertai PAS kepada Yang Dipertua PAS Gua Musang, Ustaz Azman Ahmad.

Hadir sama pada program bersejarah di JKR 10 petang ini Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Dato’ Che Abdullah Mat.

Syed Azhar juga Timbalan Ketua Cabang PKR Gua Musang. – HARAKAHDAILY 27/3/2018