Wajar halang Oktoberfest – TG Abdul Hadi

tgg

MARANG: Walaupun Islam tidak melarang penganut agama lain untuk mengamalkan apa sahaja perbuatan yang tidak bercanggah dengan agama mereka, apatah lagi dalam keadaan negara ini majmuk sifatnya.

Advertisement

Tetapi dalam masa yang sama, perbuatan yang mengundang kerosakan apatah lagi turut mahu mengajak orang Islam bersama dengan kemungkaran itu haruslah ditegah.

Demikian kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada pemberita pagi tadi semasa sidang medianya di Rusila, mengulas penganjuran Oktoberfest yang mengundang keresahan awam.

Sebelum ini kerajaan dilaporkan tidak menghalang pesta arak itu, namun terdapat bantahan daripada masyarakat sivil khasnya umat Islam yang sangat bimbang pesta arak itu membawa kepada kerosakan, penzinaan dan lebih parah lagi jenayah.

MeNgulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, walaupun penganut agama lain bebas melakukannya, namun dalam masa yang sama ia dilihat cuba melibatkan masyarakat Islam sama.

Katanya lagi, setiap pihak harus menghormati sensitiviti agama lain dan menjaga keharmonian.

Ditanya apakah pesta itu wajar dihalang, Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan ia perlu dihalang kerana boleh menimbulkan kesan buruk kepada semua pihak. – HARAKAHDAILY 12/10/2018