Fitnah jadikan ahli PAS makin kuat

KANGAR: Walaupun ribut fitnah yang melanda, namun perkara ini menjadikan ahli PAS semakin kuat dan yakin dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Advertisement

“Akhir-akhir ini kita melihat perjuangan Islam ini diasak dengan fitnah.

“Tetapi kita kena ingat sepatutnya orang yang beriman, apabila perjuangan ini semakin kuat ditekan dan diasak tidak kira pagi petang siang dan malam, Bukan semakin jauh dari perjuangan,”” ujar Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar, Ustaz Yussaine Yahya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Muslimat PAS Kawasan Kangar kali ke-44 di Kompleks PAS Kawasan Kangar (KOMPAS), hari ini.

Katanya, pihak lawan menggunakan segala kekuasaan yang ada terutamanya melalui media massa yang sepatutnya ahli mesti yakin dengan perjuangan PAS.

Tambahnya lagi, sememangnya tabiat perjuangan Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW sehingga hari kiamat, pasti akan berdepan dengan tekanan yang seperti ini.

Beliau mengingatkan para muktamirat lagi, perjuangan PAS selain dari politik ialah gerakan Islam yang mempunya tiga elemen penting.

“Yang pertamanya dakwah, yang kedua tarbiah dan terakhir ialah siasah. Kerana dakwah ini, kita menerima permohonan maaf dari Umno.

“Kita dengan Umno umpama adik beradik,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/3/2019