Pengangguran di Pahang meningkat 3.3%

KUANTAN: Kerajaan negeri dicadang memperkasakan semula sektor pertanian sebagai usaha mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan belia di negeri itu.

Advertisement

Ustaz Mohd Zakhwan Ahman Badardin (PAS-Tahan) berkata, kadar pengangguran dalam kalangan belia di Pahang meningkat sebanyak 3.3 peratus.

Katanya, sehingga tiga bulan pertama 2019 sebanyak 8,547 pencari kerja direkodkan.

“Kerajaan negeri dicadangkan memanfaatkan tanah yang luas di Pahang bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya pada persidangan Dun semalam.

Beliau juga berkata, isu pemilikan tanah dan rumah mampu milik turut menghantui golongan muda.

Kata beliau projek Rumah Makmur yang diperkenalkan kerajaan negeri perlu dihebah secara menyeluruh kepada rakyat memandangkan ramai belum mengetahui program berkenaan.

“Rumah tersebut berharga sekitar RM80,000 perlu dipromosi sehingga ke akar umbi kerana ramai berminat setelah projek rumah mesra rakyat ditangguh kerajaan pusat,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/4/2019