Dewan Muslimat santuni kakitangan Harakah

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyantuni dan menyampaikan sumbangan ‘duit raya’ dan cenderahati kepada warga Harakah.

Advertisement

Kehadiran pemimpin DMPM ini merupakan tanda penghargaan dan sokongan pihaknya kepada kakitangan Harakah yang sentiasa memberi liputan mengenai perkembangan semasa DMPM.

Ketuanya, Senator Nuridah Mohd Salleh berkata, ini merupakan tanda ingatan DMPM kepada warga Harakah yang banyak memberi jasa kepada pihaknya dari sudut pemberitaan.

“Saya mendoakan supaya Harakah akan lebih maju ke hadapan dengan segala kesabaran dan usaha keras warganya.

“DMPM akan terus membawa soal kebajikan Harakah pada masa akan datang dan mendoakan agar masalah yang dihadapi dengan izin Allah akan selesai InsyaAllah,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis ringkas itu di Pejabat Harakah, hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan oleh pihak Harakah.

Turut hadir Naib Ketua DMPM, Ustazah Salamiah Mohd Nor; Ketua Penerangan, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan; Penolong Setiausaha, Noor Hafizah Fadzil; Ketua Briged Muslimat, Nuri Mohammad; Ketua Pengarang Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob.

Sementara itu, Wan Nordin mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan DMPM dengan kesudian menyampaikan sumbangan ‘duit raya’ kepada kakitangan Harakah sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 29/5/2019