Deklarasi Kota Bharu dibawa ke peringkat dunia

TUMPAT: Deklarasi Kota Bharu sempena Hari Sayyidatina Khatijah (HSK) 2019 yang berakhir semalam akan dibentangkan di peringkat dunia khususnya persidangan Internation Muslim Women Union (IMWU).

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi berkata, IMWU merupakan badan yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Setiap tahun ada laporan hasil mesyuarat IMWU. Dari situ akan dibawa juga suara kita kepada United Nation walaupun hanya peringkat ‘family meeting’,” katanya ketika ditemui ketika menyertai ‘Kelantan Tours’ di sini hari ini.

‘Kelantan Tours’ membawa delegasi dari luar negara melawat perusahan dodol, gelembung buaya dan serunding, wayang kulit di Kampung Laut, Tumpat dan industri membuat akok di Morak.

Seramai 40 delegasi dari luar negara mengikuti persidangan tersebut yang bermula Isnin lepas. – HARAKAHDAILY 27/6/2019