Cuti-cuti Di Surau bina potensi anak remaja

PAYA BESAR: Muslimat UPU Pandan Permai telah mengadakan program Cuti-cuti Di Surau yang dilangsungkan di Balai Purnama Kampung Chendering, di sini kelmarin.

Advertisement

Program dengan kerjasama Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Pahang (PERMAI) ini bertujuan memanfaatkan cuti persekolahan dengan aktiviti berfaedah.

Ianya juga berobjektif melahirkan generasi yang cemerlang duniawi dan ukhrawi selain memberi kesedaran terhadap pentingnya ilmu agama, semangat berpasukan dan juga daya kepimpinan remaja.

Selain itu, program ini juga menjadi kesempatan mendekatkan para remaja dengan masjid menerusi aktiviti seperti permainan, memanah, slot akhlak dan ibadah, serta pembinaan personaliti diri.

Pengarah Cuti-cuti Di Surau, Noorbi Ismail memberi komitmen dihadapan 44 peserta bahawa lanjutan program ini akan dilangsungkan lagi dan diakhir majlis mereka menerima sijil disampaikan Adun Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahya. – HARAKAHDAILY 2/9/2019

IMG 20190902 WA0036