PAS-Umno Kuala Langat bentuk sekretariat muafakat

KUALA LANGAT: Tanggal 2 September menjadi detik bersejarah apabila dua parti terbesar mewakili Melayu dan Islam telah membentuk Sekretariat Muafakat PAS dan Umno bagi Parlimen Kuala Langat dalam pertemuan di Pejabat PAS Kuala Langat, di sini.

Advertisement

Yang DiPertua PAS Kuala Langat, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pembentukan jawatankuasa ini adalah susulan pembentukan jawatankuasa Muafakat PAS dan Umno di peringkat Negeri Selangor.

Beliau menekankan, pembentukan jawatankuasa ini diharap dapat memperkukuh kefahaman ahli dan masyarakat mengenai kepentingan muafakat ummah seterusnya mensinergikan tenaga kerja antara dua parti terbesar ini di peringkat Parlimen.

Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusop pula mengulas, komponen BN lain amat menghormati dan menyokong permuafakatan ini terutama MIC dan MCA.

Beliau juga berharap satu masa nanti satu pemuafakatan dapat diteruskan bersama dengan komponen parti lain sebagai signal bahawa permuafakatan ini adalah bukan bersifat perkauman, tetapi untuk kepentingan rakyat terutama.

Majlis sebelum itu turut mengadakan tahlil ringkas buat Setiausaha Umno Kuala Langat, Allahyarham Mohd Noor Radiman yang telah meninggal dunia pada 21 ogos yang lalu. – HARAKAHDAILY 3/9/2019

IMG 20190903 WA0033