ARC tarik anak muda sertai PAS

KANGAR: Penubuhan kelab berbasikal Alternative Cycling Club (ACC) Perlis dilancar Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Advertisement

Pelancaran itu diadakan sempena program Bayan 4.0 di Kompleks Pendidikan MATIN, yang dianjurkan Lajnah Dakwah PAS Pusat dan Perlis.

Beliau turut merasmikan program Bayan 4.0 dan menyampaikan kertas kerja yang bertajuk Fahami Islam, Sertai Perjuangan dan Dakwah Islami.

Menurut Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Muhamad Nazuande Nashime, penubuhan ACC mengikut jejak langkah Alternative Riding Club (ARC) yang memberi kesan besar kepada parti dengan penyertaan anak muda untuk bersama PAS.

“Kita boleh lihat contoh kelab motosikal, Alternative Riding Club (ARC) yang menunjukkan impak positif kepada kekuatan PAS,” Ujarnya.

Turut hadir pada program tersebut, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat, Ustaz Dr Khairudin Aman Razali At-Takiri; Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya. – HARAKAHDAILY 27/10/2019