PKP: Industri makanan dibenar beroperasi

TUMPAT: Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang apa sahaja industri yang berkaitan makanan dibenarkan beroperasi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, termasuk juga kilang pembuatan bekas makanan, plastik dan sebagainya yang berkaitan.

“Industri berkaitan makanan tidak ada masalah untuk terus beroperasi bagi memastikan keperluan harian rakyat mencukupi,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada wakil-wakil rakyat dan penghulu di Parlimen Tumpat semalam.

Advertisement

Turut hadir Adun Kelaboran, Mohd Adanan Hassan, Adun Wakaf Bharu Rusli Abdullah dan Adun Pengkalan Kubor Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.

Che Abdullah yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, petugas di barisan barisan hadapan hendaklah menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menjalankan tanggungjawab dalam tempoh PKP sekarang.

“Mereka memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan masyarakat, namun SOP mesti dijaga,” katanya.- HARAKAHDAILY 12/4/202