Covid-19: Pelajar sekolah agama patuhi SOP

TUMPAT: Pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Bustanus Saadah mengikut arahan prosedur operasi standard (SOP) sejak sekolah dibuka sepenuhnya 15 Julai lepas.

Pengetuanya, Ustaz Wan Fakhrulrazi Wan Mahmood berkata, rata-rata pelajar mengamalkan penjarakan dan kerap membasuh tangan.

Advertisement

Katanya, pelajar juga tidak lagi mengadakan bacaan al-Quran beramai-ramai pada majlis perhimpunan setiap hari sebelum kelas bermula.

“Bagaimanapun bacaan al Quran diteruskan di kelas masing-masing. Semua pelajar dikehendaki mendaftar di empat kaunter yang disediakan sebaik sahaja pelajar masuk ke kawasan sekolah.

“Alhamdulillah walaupun penjarakan sosial diadakan, namun keseluruhan kelas di sekolah ini kekal beroperasi sebanyak 10 bilik darjah,” katanya di sini.

Manakala waktu rehat katanya diadakan empat sesi bermula jam 9 pagi, 9.30 pagi, 10 pagi dan 10.30 pagi.- HARAKAHDAILY 27/7/2020