Anak Adun Gaal meninggal dunia

PASIR PUTEH: Anak ketiga Adun Gaal, Nor Hanin Mohd Rodzi, 24, (foto atas) meninggal dunia kira-kira jam 9.35 pagi tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu.

Advertisement

Beliau meninggal dunia dipercayai menghadapi masalah saluran pernafasan yang sempit.

Ustaz Mohd Rodzi Jaafar berkata, allahyarham menghidap penyakit tersebut susulan masalah kesihatan yang dihadapinya sebelum ini.

“Semalam arwah menjalani pembedahan pintasan jantung bagi memperluaskan saluran pernafasannya.

“Bagaimanapun selepas itu sekali lagi berlaku masalah sehingga menyebabkan arwah sukar bernafas,” ujarnya di sini.

Mohd Rozi berkata, beliau dan keluarga redha dengan apa yang ditakdirkan Allah Taala biarpun berbagai usaha dilakukan.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pohon Gong Garu selepas solat Asar.

Adun Gaal turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan anaknya selama ini. – HARAKAHDAILY 18/4/2019