Pemuda Gopeng kempen ahli, sesi penerangan

GOPENG: Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng telah mengadakan kempen keahlian dan penerangan kepada penduduk setempat di tapak Pasar Malam Taman Rapat Setia Baru, di sini semalam.
 
Program tersebut menjadi satu usaha PAS mendekati dan menyantuni masyarakat setempat selain meluaskan lagi pengenalan dan penerangan mengenai PAS kepada penduduk.
 
Kaunter keahlian PAS telah dibuka, selain turut menerima pendaftaran keahlian Jabatan Amal dan Alternative Riding Club yang sememangnya menarik penyertaan anak muda.
 
Usaha tersebut dipimpin sendiri Ketua Pemuda PAS Gopeng, Ustaz Harith Hamzah yang dibantu Ahli Jawatankuasanya serta Pemuda PAS Cawangan Rapat Setia.
 
Penerangan mengenai PAS turut diadakan mereka kepada pengunjung di tapak pasar malam itu termasuk melakukan edaran risalah memperkenalkan parti Islam ini.
 
Rata-rata penduduk yang ditemui memberi reaksi positif, selain mengambil peluang mendaftar keahlian dan mengetahui penerangan semasa mengenai PAS. – HARAKAHDAILY 2/5/2015
Advertisement