ADHK PAS Bangi ziarah penduduk Kg Sg Tangkas

BANGI: PAS Kawasan Bangi meneruskan rutin program kebajikan berkalanya “Anda Di Hati Kami” (ADHK) apabila turun padang menyantuni warga masyarakat setempat di Kampung Sungai Tangkas, di sini semalam.

Advertisement

Delegasi dipimpin sendiri Yang DiPertua PAS Bangi, Ustaz Mohd Shafie Ngah yang hadir bersua muka dengan penduduk termasuk menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada asnaf warga emas, ibu tunggal dan keluarga kurang berkemampuan.

Malah, turut hadir sama adalah Ketua Muslimat PAS Bangi, Hamsatul Hamzah menziarahi serta menyampaikan juga sumbangan kepada penerima serta mendengar luahan kekurangan dan ujian hidup yang dialami oleh mereka.

Program tersebut menjadi komitmen berterusan PAS Bangi dalam mendekati penduduk serta meringankan beban dan kesempitan hidup mereka tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa serta pegangan politik mereka.

Ustaz Shafie sendiri turut berharap usaha tersebut terus dilaksanakan menerusi kolaborasi sama antara Lajnah Kebajikan, Dewan Himpunan Penyokong PAS dan PAS Cawangan terlibat. – HARAKAHDAILY 27/8/2019

IMG 20190827 WA0055

IMG 20190827 WA0058