Slogan Malaysia Baharu sekadar retorik

KOTA BHARU: Muslimat PAS menyifatkan slogan Malaysia Baharu tidak lebih sebagai retorik semata-mata, tidak seperti yang diuar-uarkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Advertisement

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan Mumtaz Md Nawi berkata, lebih teruk banyak bantuan yang dinikmati rakyat sebelum ini dihentikan, bahkan ada juga yang dihapuskan.

“Secara umumnya kita berpandangan tidak nampak perubahan besar daripada apa yang dipamerkan PH, sebaliknya banyak bantuan yang sedia ada dihentikan.

“Kerajaan hari ini mereka dilihat lebih ghairah untuk mengadai aset negara serta menyentuh kepentingan bumiputera dan Islam berbanding menjaga kebajikan rakyat,” katanya selepas merasmikan program Bina Ummah di sini semalam.

Mumtaz yang juga Adun Demit berkata, tragedi menimpa lebih 90 penduduk di Paya Jaras, Selangor membuktikan kenyataan itu.

Manakala di Kedah 100,000 pesawah di negeri itu dilapor belum menerima baja subsidi biarpun musim menanam padi akan bermula tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 23/9/2019