Manfaatkan pemasaran ‘online’ musim PKP – Che Abdullah

Dato' Che Abdullah Mat Nawi (dua dari kanan) bersama isterinya Datin Saleha Yakub semasa menziarahi pengusaha Nasi Air Dingin Kak Chik di Kampung Berangan, dekat sini semalam. Foto Rizal Tahir.

TUMPAT: Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pengusaha terutamanya makanan perlu kreatif bagi memasarkan produk mereka.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, antaranya perniagaan atas talian boleh dimanfaatkan.

Katanya, perniagaan secara ‘online’ sebagai mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan sepanjang PKP.

Advertisement

“Semua peniaga sekarang perlu lebih kreatif. Dalam keadaan sekarang kita lagi perlu lebih kreatif.

“Kita melihat pemasaran dalam talian rancak berlaku dan wabak Covid-19 menjadikan urusan tersebut semakin pantas untuk dimanfaatkan peniaga,” katanya ketika ditemui bersama isterinya Datin Saleha Yakub semasa menziarahi pengusaha Nasi Air Dingin Kak Chik di Kampung Berangan, dekat sini semalam.

Pengusaha Nasi Air Dingin Kak Chik Che Halimah Che Ahmad, 63 berkata, beliau memulakan perniagaan beberapa hari lepas selepas menghentikan sementara sebelum ini.

Beliau dibantu 65 pekerja menyiapkan kira-kira 13,000 bungkus nasi sehari untuk pasaran tempatan dan luar Kelantan.– HARAKAHDAILY 13/4/2020