Melayu, Cina, India tak gaduh jika ‘li ta’arafu’

KUALA LUMPUR: Islam meletakkan keberadaan manusia yang dijadikan pelbagai kaum serta gender lelaki dan perempuan bukan sebagai perbezaan untuk berselisih, sebaliknya diunjurkan dengan seruan supaya kenal mengenali (li ta’arafu).

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Halimah Ali berkata, bagaimanapun terdapat pihak menimbulkan ketakutan yang sangat terhadap agama Islam dengan menggerakkan agenda Islamophobia.

“Jadi ini di antara cabaran bagi kita, orang masih ramai tidak faham, salah persepsi terhadap Islam itu sendiri. Dia nampak Islam itu seolah-olah ritual, lagi-lagi bila dengar macam-macam berita yang sensational, dan mungkin dimainkan oleh media luar negara.

“Benda-benda yang not Islamic, it is not teaching of Islam. Contoh, IS, kan, suicide bomb. That is not the teaching of Islam. Tapi orang kaitkan seolah-olah that is Islam. So, ini di antara benda yang mungkin menyebabkan compounding factor, menyebabkan Islamophobia ini.

We want to get the bottom of the prolem, and we want to hear from all the people,” ujarnya dalam Bual Bicara Politik “Sampai Bila Cina, India, Melayu Nak Bergaduh?” secara siaran langsung di Facebook LPN PAS Pusat, kelmarin.

Advertisement

Dr Halimah dalam kupasannya menjelaskan betapa perjuangan PAS adalah selaras Perlembagaan Persekutuan di mana dasar parti ini adalah Islam yang bererti PAS juga boleh berkawan sesiapa sahaja dalam politik selagi tidak bercanggah Islam.

Kerana itulah jelas beliau, dalam sejarahnya PAS pernah bersama Umno, MCA, DAP dan lain-lain lagi, kemudian berpisah dan kini bersama kembali, namun semuanya bukan kerana kuasa politik, sebaliknya demi kepentingan agama Islam.

Terangnya, PAS juga membawa Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) untuk memupuk kepelbagaian politik menuju kepada menerima hakikat kemajmukan negara ini mesti ditangani ke arah membawa kehidupan yang harmoni dan sejahtera. – HARAKAHDAILY 9/6/2020