Pelbagai baka lembu meriahkan korban DUN Tepoh

KUALA NERUS: Majlis Korban Perdana Peringkat DUN Tepoh telah berjalan lancar menyembelih 10 ekor lembu pada majlis yang diadakan di Surau Kampung Pak Tuyu, di sini semalam.

Advertisement

Dua ekor dari lembu-lembu tersebut adalah dari jenis Charolis, seekor dari jenis Brahman dan bakinya lembu baka tempatan bersaiz besar, di mana sebelumnya enam ekor lembu dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha.

Terdahulu, Pusat Khidmat DUN Tepoh juga telah mengagihkan 12 ekor lembu korban mengikut zon MPKK dan menyerahkan pengurusan korban tersebut kepada zon masing-masing.

Program telah dijayakan oleh para krew yang tampil dengan uniform warna kuning di mana bertujuan membantu mewujudkan rasa positif dan optimis dengan turut dihadiri Pegawai Daerah Kuala Nerus, Ariffin Abdullah.

Juga dimeriahkan dengan kehadiran para Pegawai Polis Di Raja Malaysia, Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pasukan Penguatkuasa Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu.

ADUN Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Ariffin turut menyembelih binatang korban sempena majlis ini, selain itu, Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Sidek Abdullah dan Penyelia IMITS Tepoh, Ustaz Mohd Ridhuan Abdul Karim.

Sekitar 1500 pek bungkusan daging dapat dikumpulkan dengan diagihkan melalui seluruh MPKK untuk disumbangkan kepada penduduk kurang berkemampuan. – HARAKAHDAILY 3/8/2020