Anwar jumpa PM pintu belakang?

ANWAR Ibrahim berjumpa Perdana Menteri (PM) dan dikongsinya pertemuan itu dalam FB-nya.

Dimulakan postingnya: “Pertemuan saya dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin…”. Bagi saya ini sangat penting.

Ianya satu pengiktirafan, ianya satu pengakuan bahawa Kerajaan Muhyiddin bukan lagi Kerajaan khianat atau Kerajaan pintu belakang (sebagaimana sering didakwa Anwar dan PH) tetapi sesungguhnya adalah Kerajaan yang ‘legitimate’ atau sah. Semoga anak-anak buah dan penyokongnya dalam PH juga berlapang dada dan menerima hakikat ini.

Advertisement

Tindakan PM membuka pintunya menerima kunjungan Anwar walaupun bukan lagi Ketua Pembangkang (Ketua Pembangkang belum dilantik di Parlimen), sekadar pemimpin pembangkang dan MP Port Dickson mencerminkan besarnya jiwa Muhyiddin, inilah contoh seorang negarawan, pemimpin rakyat yang sebenar.

Kepada Anwar dan PH jadilah pembangkang yang konstruktif. Menegur dan memberi pandangan secara sivil dan tidak bersulam fitnah apa lagi adu-domba. Moga PH boleh jadi pembangkang yang bertanggungjawab dan bersama kita membina Malaysia yang makmur dan sejahtera.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 15/4/2020