Kelantan laksana PKPB bermula esok – MB

Menteri Besar kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob (tengah) ketikan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Kelantan di Bilik Gerakan Negeri, Kota Darulnaim, di sini hari ini. Foto- RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: Kelantan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti diputuskan kerajaan Persekutuan bermula esok.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, keputusan berkenaan dibuat selaras dengan dasar yang dibuat kerajaan Persekutuan.

Advertisement

Menurutnya, keseluruhan item (operasi yang dibenarkan) dikeluarkan kerajaan Persekutuan juga diterima pakai di Kelantan.

“Secara keseluruhannya dasar berkenaan akan diikuti oleh kerajaan negeri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Kelantan di Bilik Gerakan Negeri, Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 36 aktiviti ekonomi dibuka semula bermula esok dan ada di antaranya beroperasi selepas Ramadan.

“Semoga hasrat perdana menteri untuk melihat pemulihan sektor ekonomi di kalangan rakyat dan negara berlaku,” ujarnya.

Hadir sama Ketua Polis Kelantan Dato’ Hassanuddin Hassan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Zaini Hussin.- HARAKAHDAILY 5/5/2020